Wednesday, March 28, 2018

Pitching Dan Harapan

PITCHING DAN HARAPAN
Sekali lagi RTM mengajak para produser dan tenaga kerja untuk menyertai pitching, kali ini untuk 2019. Pitching 2018 penuh dengan segala drama dan kemurungan. Zaman meleset, kononnya, hampir keseluruhan usaha penulis dan produser hancur. Ada yang tidak dapat cari makan dan hidup dibawah tahap kemiskinan. (pendapatan bawah 3000 dikira miskin).
Langsunglah, para penggiat seni terpaksa mencari kerja lain semasa meleset. Ada yang menjadi pemandu UBER atau GRAB. Ada yang jual goreng pisang tepi jalan. Jual nasi lemak benda biasa. Nak buat lagu mana, bil bil kena bayar. Anak bini nak makan. Dalam susah hidup itu jugalah, TNB melalui kelulusan kerajaan naikkan kadar tarif letrik. Bil RM80 jadi RM180. Makin susah jadinya. Bukan main tersiksa hidup warna seni. Air pun naik juga di sesetengah negeri. Dari pendapatan hampir kosong dari usaha yang diharapkan sepanjang tahun 2018 tidak menjadi, inilah para penulis, pengarah dan penggiat seni visual tanahair terpaksa menanggung beban sara hidup yang meningkat.
Tak cukup beban letrik dan air yang naik, tambahan pula terpaksa kerja tepi jalan atau menarik kereta, GST diperkenalkan. Jaminan dan janji manisnya, harga barang tak akan naik. Menteri buat kenyataan! Boleh cakap sajalah... akibatnya, tak ada barang yang tak naik harganya. Kos tambahan cukai tertanggung pada rakyat jelata dari orang kebanyakan.
Dalam meleset, bila jatuh ditangga pertama, datang pula masalah menimpa. Nilai ringgit jatuh dengan teruk sekali. Siapa yang biasa ke siam tentu tahu bahawa orang siam dah pandang rendah orang Malaysia. Duit Malaysia mereka tak mau terima. Kalau terima pun, bukan lagi dengan manis muka, malah pandang kita pun tidak, dengan meminta lebih 13 ringgit untuk harga barangan 10 ringgit. Maknanya juga harga barangan siam dah naik 30%. Nak berniaga macam mana lagi. Nilai pendapatan tak bertambah, duit yang didapati jadi kurang kuasa belinya. Haru!
Nilai ringgit yang jatuh buat harga barangan yang datang dari luar meningkat. Apa sahaja yang diimpot, harga barang naik gila gila.
Mau tak mau, warna seni terpaksa mengharap pada janji kerajaan untuk menghebahkan mereka yang dapat slot untuk tahun 2018. Harap dari satu bulan ke satu bulan. Ada yang sampai ke bulan 12 tahun sudah pun tak dapat apa apa pun.
Yang mengharukan pada saya adalah bila melihat mereka yang tak melalui pitching dapat slot. Bukannya satu dua slot tapi bertimbun. Jangan kata saya mereka cerita, saya sendiri pun dibawa untuk bincang cerita yang sudah diterima.
Kasihan betul anak-anak seni yang terpaksa bersusah dua tahun lamanya. Ooo... ada orang kata, apa masalahnya? Astro dengan TV3 ada. Hakikatnya TV3 ada kegemaran mereka dan syarikat terpilih. Syarikat terpilih mereka banyak dah boleh projek. Mereka bagi lagi! Orang lain susah nak cari makan dengan TV3. Astro pula bayarannya terlalu rendah.
Anak-anak seni marah dengan presiden presiden dan ketua persatuan. Kata mereka buat penat bayar duit tahunan sahaja. Presiden dan AJK dapat projek. Malah presiden boleh buat wayang dua tiga. Slot TV tak henti henti. Orang bawah tengok mata putih. Geram pun ada. Lengan baju dah tak boleh nak sinting. Saya sebenarnya tak tahu nak kata apa dalam hal ni. Presiden presiden kawan kawan saya juga. Ada kalanya mereka terpaksa merayu minta projek. Kerana mereka presiden, mereka dapat jumpalah KP, KSU dan sebagainya dengan lebih mudah. Jadi, mereka dapat projek. Bukan kerana rasuah tapi mereka pergi merayu. Sistem di negara kita ni, nak slot boleh rayu kat menteri, KSU atau KP.
Kerana terlalu banyak rayu-rayu ni lah, maka slot dah tak dak untuk usaha pitching 2018. Jadi susahlah warga seni yang menanti dan mengharap bahawa idea mereka diterima RTM.
Tutup buku 2018, buat apa nak ingat pada kesusahan dan kemelesetan lama?
Betul ke boleh lupa?
Depa panggil suruh pitching 2019. Patut pergi ke tidak? Pisang ni boleh berbuah berapa kali pada satu pokok?
5 tahun sudah, benda yang sama berlaku. Usaha pitching cuma disambut lepas 2 tahun apabila ada pilihanraya. Warga seni dah lupa ke apa yang jadi tiap kali ada pilihanraya. Kononnya meleset.
Saya buat keputusan untuk tidak masuk pitching langsung. Meluat sangat dengan sistem yang ada. Mengarut. Kalau saya tak ada duit nanti, saya akan pergi rayu pada menteri. Tak perlulah pitching pitching. Macam mana, barulah saya ni sama level dengan orang berjawatan dalam penggiat seni! Silap silap, kerajaan Barisan Nasional tumbang, ganti dengan yang baru. Rasa saya, parti parti baru tu tentu nak satu dua idea-idea saya. Ramai kawan kawan saya di sebelah kem tu. Tentu mereka nak fikir semula sistem pitching dan masalahnya.
Tekad saya, tak mau hantar apa apa idea untuk pitching kali ni. Semalam ada orang telefon minta idea. Rasa kasihan pula. Lalu saya bagi dua idea kepada mereka. Saya suruh mereka sediakan penulis skrip kalaulah ianya dilulus satu masa nanti. Saya tak mau menulis. Anggap lah saya bagi idea untuk eratkan hubungan akrab antara warga seni.
Entahlah, bila panjat pokok kelapa semalam, ada saya terfikir untuk ke Korea. Mungkin di sana saya boleh menulis dengan baik dan idea saya diterima satu dunia. Kalau cerita biasa macam My Golden Life tu saya boleh menulis tanpa sebarang masalah! Mungkin juga nak ke Amerika. Maklumlah English saya ni agak dahsyat. Maklumlah pernah kerja The Star dan pernah belajar English Literature pula! Tentu dalam setahun saya boleh jadi milenna. Atau Mat Salleh sebelah rumah saya ni mungkin boleh kira saya kerja dengan BBC. Dia orang British. Boleh saya menulis sitcom baru untuk depa. Maklumlah sitcom mereka makin tak menjadi. Kalau pergi Bollywood macam mana? Hmmm.... Seronok berangan atas pokok kelapa. Patutlah Mat Jenin gila sangat nak mimpi mimpi atas sana.
Hmmmm.... berangan pun kena berangan luar negara kerana angan angan dalam negara sebenarnya.. tak termimpi. Jangan harap!
p/s: (Harap harap kawan kawan tau no, tulisan sinis dengan tulisan betul...).

No comments:

Post a Comment